Followers

Friday, August 19, 2011

Sanggupkah Kita???


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…Suatu hari pada waktu sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki itu bertempik.
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH, sila berdiri di tempat kamu".

Selepas mendengar amaran lelaki itu, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu, hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
 
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".
 
Lalu kedua-dua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. 

Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur, anda fikir-fikirkanlah...

" Lawak kan , dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang betul-betul beriman..."

" Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki hanya membawa mesin gun. Dia takNkata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat, tunjuk muka kat orang kampung. Ada yang lagi dashyat, setahun 2 kali aje.. bila time sembahyang raya..."

"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam  Al-Quran…"


"Lawak kan , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia…"

"Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..tak cukup masa…”

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama.

Lawak kan ???
Kenapa gelak?
 Tu kan realiti tapi yang paling lawak sekali. Berapa orang, yang lepas dia baca benda nie
akan sampaikan kat orang lain. Berapa orang yang akan buka email nie untuk luangkan masa membaca? Berapa banyak????

Wallahu’alam

p/s: 4warded email 4 sharing

1 comment:

  1. Salamullah 'alaikum. Instead of very meaningful, the message inside it is very important. Keep it up guys~ May Allah bless. Salam Ramadhan Alfu Mubarak!

    ReplyDelete