Followers

Tuesday, February 22, 2011

Motto Dan Logo Majlis Tindakan Dakwah(MTD)


(1) MOTTO MTD ialah "MARDHATILLAH THROUGH DAKWAH" yang bermaksud mencari keredhaan Allah melalui dakwah.Tiga perkataan dalam motto ini terdiri daripada tiga bahasa yang berbeza bahasa Arab yang merupakan bahasa Syurga,bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa, dan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
(2) Logo/lambang persatuan MTD ini mempunyai maksud-maksud yang tertentu iaitu:
i.  Kubah masjid:-masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam
ii. Lembaran Al-Quran:-Al-Quran yang merupakan panduan yang  pertama bagi umat Islam
iii.Bulan:-Melambangkan agama Islam yang diredhai Allah
iv. Tiga titik kaligrafi:-membawa makna tiga cabang Islam yang  utama iaitu AQIDAH,SYARIAH dan AKHLAK.
V.  Bulatan:-halaqah syuura yang diwarisi daripada zaman  Rasulullah dalam mencapai kata sepakat untuk membuat sesuatu keputusan.

Warna yang digunakan ialah:
i.Hijau muda:- Ketenangan yang dapat dilahirkan dalam bi'ah Islamiyyah
ii.hijau tua:- Kematangan pemikiran para penggerak Islam dalam  melaksanakan tugas
iii.Kuning Emas:-Nilai Islam yang tinggi dan tiada tandingan.
iv.Merah:-Keberanian dalam menegakkan al-haq dan meruntuhkan yang batil.
v.Putih:-kesucian hati dan pemikiran yang diutamakan dalam menggerakkan islam.

No comments:

Post a Comment