Followers

Monday, February 14, 2011

KISAH-PADERI MEMELUK ISLAM



Inilah kisah seorang paderi kristian yang amat berpegang teguh pada ajaran itu. Baginya agama itu adalah agama yang terbaik didunia. Sejak kecil lagi dia sudah disemaikan benih kebencian terhadap agama lain terutamanya Islam. sudah terukir dalam hatinya bahawa islamitu jahat dan bahaya untuk didekati.baginya orang islamitu terlalu jijik,jahat dan tidak harus didekati. namun ape yang terjadi apabila dia cuba membawa orang islam untukmenganut agama kristian..


Saksikan apa yang berlaku..................

Nama saya Yusuf Estes dari National Muslim Chaplain for American Muslims. inilah kehidupan saya.saya keluar negara untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu tentang islam. saya dilahirkan dalamkeluarga yang amat berpegang teguh dengan ajaran kristian. keluarga dan nenek moyang saya adalah orang yang bertanggungjawab membina gereja dan sekolah.ketika saya berusia 12 tahun. saya menunjukkan minat yang mendalam ke arah agama Kristian.
setelah remaja, keinginan untuk mendalami agama kristian meluap-luap. saya selalu mengkaji agama ini. semakin bnyak yang dikaji.semakin bnyak yang tidak tahu. saya juga ada mengkaji agama lain,termasuk Hindu, Yahudi, Buddha,metafizik dan kepercayaan penduduk asli amerika. hanya satu yang saya tidak ambil serius, iaitu Islam.mengapa?
saya akan jawab kemudian.

Minat Muzik

Sebernanya minat saya terhadap pelbagai jenis muzik amat mendalam, terutamanya lagi-lagu gospel dan irama klasik. selama30 tahun saya dan ayah saya berkongsi membangunkan perniagaan dan melaksanakan banyak projek.kami mempunyai syarikat yang mengendalikan program hiburan, persembahan dan muzik. banyak kedai organ dan piano yang kami dirikan di Texas, Oklahoma dan florida. soal duit bukan satu masalah besar,malah setiap tahun berjuta - juta ringgit masuk ke akaun kami dari industri hiburan itu.

namun kekayaan itu tidak pernah memberikan ketenangan kepada jiwa dan fikiran saya.setiap hari saya mencari sesuatu tapi tidak tahu apa yang dicari. saya sering bertanya pada diri saya " Kenapa Tuhan mencipta saya? Apa yang Tuhan mahu saya lakukan? Siapa tuhan? Mengapa mesti percaya pada konsep 'original sin'? mengapa anak adam menerima semua dosa itu dan dihukum selama- lamanya?.
tapi semua soalan itu tidak pernah ada jawapannya. Apabila saya tujukan soalan ini kepada paderi hanya jawapan ini yang saya terima " percaya sajalah ". dan jngan banyak tanya.ia perkara yang misteri dan jngan tnya lagi tentang itu.
hari tu saya menyemak semula Bible untukmencari jawapan. Apa yang saya temui tentang orang islam amat mengejutkan.selamaini saya tidak tahu bahawa orang islamjuga wajib mempercayai bible dan nabi isa sebagai utusan tuhan. Mana mungkin! apa yang saya ketahui selama ini semua buruk tentang islam. saya hanya diberikanmaklumat yang tidak benar tentang islam dan saya takut untukmendekati agama itu.

Tidak Pada Muslim.


Ayah saya seorang penganut agama kristian yang aktif dan sering menjalankan aktiviti gereja. dia juga pernah dilantiksebagai paderi penting yang menjalankan program sekolah gereja.keluarga kami amat rapar dengan mereka yang benci akan islam. hingga suatu ketika ayah dan ibu merekod kuthbah dan mesej dari paderi untuk diedarkan secara percuma ke hospital, rumah perlindungan dan kebajikan.

Kemudian ayah mula mengembangkan usahanya menyebarkan kristian ke mesir. saya ditugaskan untukbertemu dengan seorang pendatang mesir yang bekerja di Texas.

Oh tidak!kenapa muslim. kenapa saya perlu berurusan dengan penganas,penculik,pengebomberani mati dan perampas! jngan haraplah saya akan berbincang dengan manusia seperti itu. ayah memujuk saya untuk berurusan dengan lelaki islam itu.

saya bersetuju untuk berjumpa dengan Mohamed Abdel Rehman di sebuah cafe. saya jadi keliru apabila melihat penampilan lelaki itu. tidak seperti yang saya gambarkan sebelum ini iaitu berserban putih, janggut tebal dan berjubah panjang. ternyata Mohamed seoarang yang cukup ringkas.

selepas bersalaman dan memperkenalkan diri, kami memilih satu sudut untuk berbual panjang.
perkara pertama yang saya tanya ialah..

" Anda percaya tuhan?"
" Ya" jawab Mohamed.
" Anda percaya adam dan hawa, nabi ibrahim,musa,sulaiman,yahya dan isa?"
kemudia menganguk kepala. saya rasakan tugas saya untuk menarik muhamed masukkristian semakin senang.sejah hari tu, saya sering membawa mohamed bersama-sama ketika menjalankan urusan perniagaan juga peribadi. kesempatan itu saya gunakan sepenuhnya untuk bercerita tentang kristian dan kepercayaan masing-masing.
suatu hari mohamed mengambilkeputusan untuk berpindah ke masjid buat sementara waktu kerana rumah sewanya sudah tamat tempoh. saya anggap peluang keemasan untuk mengajak mohamed tinggal di rumah ladang milikkeluarga saya. dengan cara itu lebih mudah untuk mempengaruhinya.

Wad jantung atau wad mental.

walaupun sibuk dengan pelbagai urusan termasuk perniagaan, namun saya masih perlu meluangkan sedikit masa untuk menziarahi kawan-kawan paderi dan mubaligh yang lain di sekitar texas. salah seorannya MUbaligh yang amat terkenal dengan kerja gilanya memikul salib. salib itu amat besar malah lebih besar dari sebuah kereta. dia akan memikulnya hingga ke jalan utama dan memacakkanya di pinggir jalan. setiap kereta yang lalu akan berhenti untuk bertanya masalahnya. dan ketika itulah dia akan menghulurkan segala risalah tentang kristian.
kemudia dia dimasukkan ke hospital kerana kawan saya itu diserang penyakit jantung. saya membawa mohamed ketika melawatnya dan ajak berbual dengan kawan saya tetapi malangnya kawan saya itu tidak berminat menghabiskan masa dengan seorang yang beragama islam.

kemudian saya terpandang teman sebilik kawan saya yang kelihatan sedih dan kesorangan. saya cuba mendekatinya dan bertnya kabar. namun apabila saya bertanyakan dari mana tempat asalnya.lelaki itu menjawab saya peter dari planet musytari. saya mula terfikir adakah ini wad sakit jantung atau wad sakit mental?

saya mula bercerita tentang kisah kisah di dalm bible untukmenghiburkannya. ternyata peter amat mendengar dan tidak membantah walau sedikit pun. apabila habis bercerita,dia memohon maaf kerana bersikap biadap. tiba tiba lelaki itu membuat pengakuanterhadap saya. tapi saya menolaknya kerana saya bukan paderi katolik yang boleh menerima pengakuan penganutnya. dia kemudian membalas"saya tahu, saya sebenarnya seoarang paderi katolik ".
malunya....saya cuba mengkristiankan paderi katolik yang telah 12 tahun menjalankan kerja-kerja mubaligh.apa sebenarnya semua ini, saya macam tidak percaya.

kerana kasihan, saya menjemputnya tinggal bersama keluarga saya di rumah ladang. jadi keluarga saya ada kekuatan baru untuk mempengaruhi mohamed.ketika perjalanan pulang, saya berbincang dengan peter tentang islam. alangkah terkejutnya saya bahawa paderi katolik pon belajar tentang islam. malah peter sendiri mempunyai ijazah kedoktoran dalam pengajian islam.

hampir setiap malam kami menghabiskan masa bersama-sama berbincang tentang bible.
peter membawa bible miliknya dan termasuk kitab bible protestant. ayah saya pula membawa bible versi King James, saya pula dengan bible yang disemak balik. manakala isteri saya pula bible yang lebih moden, sesuai untuk org muda. hampir berjam-jamkami menghabiskan masa berbincang untuk memilih bible yang paling tepat dan terbaik.

kami menemui jalan buntu untuk memilih bible yang terbaik. kemudian kami bertanya kepada mohamed tentang Al- Quran ada berapa versi? dia menjawab " hanya ada satu versi Al - Quran di dunia ini. ia tidakpernah berubah sejak diturunkan kepada nabi Muhammad. ada berjuta orang di dunia ini yang membaca dan menghafalnya dari kulit ke kulit tanpa ada satu kesalahan walaupun satu huruf.
Mustahil!!.. Al- Quran yang sudah beribu usianya masih kekal isinya seperti asal. sedangkan bible yang diturunkan lebih awal pun telah mengalami pelbagai perubahan. bahasanya juga telah bnyak diubah,kandungannya juga telah banyak yang berubah. untuk mencari kitab bible yang asal adalah tidakmasuk akal!.mana mungkin orang dapat menghafalnya dari kulit ke kulit sedangkan yang asalnya sudah tidak wujud.

Peter MAsuk Islam.

Selepas peristiwa itu, peter meminta mohamed menemaninya ke masjid ke masjid untuk melihat apa yang dilakukan oleh orang islam di situ. saya rasa tidak sabar menantikan reaksi dari peter tentang lawatanya ke masjid.
"muslim tidak lakukan apa apa di situ,mereka sembahyang lalu bersurai " beritahu peter.
beberapa hari kemudia peter meminta mohamed membawanya sekali lagi ke masjid. kali ini mereka pergi lebih lama sehingga malam baru kembali,

hati saya mula diserang kebimbangan.jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. tiba-tiba pintu diketuk.mohamed dengan seorang tua memakai songkok putih seperti yang sering dipakai oleh orang muslim ada bersamanya.lelaki itu tersenyum.

"peter! awak dah masuk islam?" soal saya. peter tersenyum dan mengaku tertarik dengan islam sudah sekian lama. dia mendapat kekuatan untuk menjadi muslim ketika berada di masjid.
apa semua ini. paderi katolik terpedaya dengan islam.selepas ini apa pula..............

pening memikirkan semua itu, saya terus masuk blik untuk berbincang denga isteri. jawapan isteri pun mengejutkan saya, dia tertarik dengan islam. malam itu juga saya kejutkan mohamed dan mengajaknya mengambil angin dan berbincang di sekitar bandar Texas. hinggalah masuk waktu subuh. dia meminta izin untuk menunaikan solat.
saya masih mencari sesuatu petanda untuk berubah. ketika langit semakin cerah saya mengambil angin di kawasan belakang rumah di situ ada sekeping papan lapis yang rebah ke rumput. saya mula berfikir untuk mencuba bersujud dengan mencecahkan dahi ke papan itu dan menghadap ke arah seluruh umat islam solat.ketika itulah hari aku mula bersuara.

"oh tuhan, berilah aku petunjuk".dan ketika saya mengangkat kepala,saya dapat merasakan sesuatu yang berubah di dalam diri saya ini. inilah masa untuk saya berubah. saya terus meluru masukkedalam rumah,mandi dan membersihkan diri. saya mahu semua dosa itu mengalir bagaikan air.
kira-kira pukul 11 pagi sya di hadapan mohamed dan peter ( yang telah memeluk islam ) saya mengucap dua kalimah syahadat. beberapa minit kemudian isteri saya melakukan perkara yang sama. beberapa bulan kemudia ayah saya mengikut jejak saya memeluk agama islam.kemudia anak anak kami pun mengikut jejak memeluk islam.emak tiri saya adalah orang yang terakhir meyedari kebenaran islam.akhirnya seluruh keluarga saya menerima islam sebagai agama yang benar.

indahnya hidup ini dengan kepercayaan yang satu..selepas 10 tahun menjadi muslim, saya berjaya membuktikan apa yang dikatakan oleh mohamed tentang kebolehan orang islam menghafal keseluruhan Al - Quran. buktinya saya sudah menghafal Al - Quran dari kulit ke kulit dan mampu mengajarkanya kepada orang lain. kini hidup saya hanya untuk islam.

No comments:

Post a Comment