Followers

Wednesday, May 4, 2011

Pengurusan Badar

Perkara yang penting adalah sistem pengurusan dari peringkat pimpinan
(qiyadi) hinggalah peringkat tenaga kerja (jundi).
Kata Saidina Ali,
"Keadilan yang tidak bersistem (tidak berstrategi) akan ditundukkan
oleh kebathilan yang bersistem" :(

Betapa pentingnya perancangan sehinggakan ia menjadi faktor penentu keberkesanan
organisasi. Perancangan tersebut mestilah dilakukan seawal tempoh pimpinan, dengan melibatkan
visi dan misi organisasi, takwim bulanan, gerak kerja setiap unit, program2 yang akan dilakukan,
pelan tindakan dan lain2 lagi.

Namun perkara yang perlu dititik beratkan dalam merancang gerak kerja organisasi sepanjang
tempoh pimpinan adalah kebajikan para pimpinan dan ahli. Jangan kerana nak organisasi aktif
atau nampak hebat, ahli dan pimpinan tergadai. Kebajikan ahli dan pimpinan dari segi akademiknya,
peruntukan masa untuknya terlibat dalam organisasi, kebersediaannya bergerak dalam organisasi,
ukhwahnya bersama ahli lain,dan lain2. Jika organisasi berjaya menjaga kebajikan ahlinya,
insya Allah ahlinya akan terikat dengan organisasi untuk terus memberi komitmen dan kerjasama
dalam organisasi. Dengan kebajikan ahlinya terjaga, insya Allah organisasi dapat bergerak aktif
dalam mencapai visinya.

Sebenarnya, nak merancang pun ambil masa yang lama. Perancangan yang baik ialah yang sistematik
dan mengambil kira semua aspek, juga mempunyai back-up plan atau rancangan alternatif sebagai
langkah kedua.

Tapi, jangan pula hanya merancang sahaja, gerak kerja bagaimana? Jangan rancangan hebat,
kerjanya ciput je. <_<

Wallahu'alam.

Posted by : lan_daie
Source     : Komuniti.Iluvislam.com

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum...merancang memang penting dalam kehidupan...namun harus berpegang pada konsep rancang,usaha,ikhlas,istiqomah,berdoa dan tawakal... Kalau gerak kerja so progressive tapi niat tak betul xde gunanya... erm, rasanya pasnie dah tau nak post ape...agk2 semua post dlm mtd di rewind balik dlm jendela tarbiah ek.. admin yang sama ke? cadangan, buat kelainan sikit... :)tak salah nak ngulang post cuma tak nampak kelainan. at least tmbh gambar ke or papelah... cdgn je :)syukran jazilan...

    ReplyDelete
  2. Wsalam, Tajam sungguh pemerhatian..Saya hanya mengambil alih buat sementara waktu sebab MTD ADMIN tengah exam. Insya'allah pandangan bernas tu akan saya pertimbangkan.

    ReplyDelete