Followers

Monday, February 14, 2011

KEAJAIBAN SAINTIFIK AL QURAN

        Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Ajaib tetapi benar, itulah yang dibuktikan oleh ramai cendekiawan islam mengenai islam dan al-quran. Al-quran dikaji dengan begitu teliti untuk kesahihannya supaya tidak timbul spekulasi dalam kalangan bukan islam. Banyak perkara yang disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Kebesaran dan keagungan ALLAH S.W.T jelas dengan adanya al-quran. Bilangan tentang perkara yang disebutkan dalam al-quran adalah
Laut dan Darat = 32 + 13 = 45
Peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 %
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 %
Jumlah = 100 %

        Fakta yang kita sedia maklum adalah kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT! Keajaiban al-quran tidak dapat dinafikan apabila ianya  mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.
         "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu ) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar).
                                                                                                                (Surah Al-Fath, 27)
        
         Ayat ini secara tidak langsungnya mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah. Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment