Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi.
Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru buat mereka.
Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.
Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)
Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.
Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.
Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.
Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."
Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."
Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.
Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.
Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...
Followers
Sunday, August 28, 2011
Monday, August 22, 2011
Iktibar daripada Sebatang Pensel
Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu,tapi ada yang lebih penting daripada itu
iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel,ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?
"Ya,ibu."
Pertama,pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa,ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya. Maka,ingatlah akan ada kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.
Kedua,ketika menulis,pensel kerap kali menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut,tetapi hasilnya ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.
Ketiga,pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini,sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Keempat,tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang batu atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.
Kelima,pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu,apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Selain itu,marilah kita renung kisah iktibar daripada sebatang pensel ini dan aplikasikan dalam kehidupan kita bersama.
Wallahu'alam...
Friday, August 19, 2011
Sanggupkah Kita???
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…Suatu hari pada waktu sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki itu bertempik.
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH, sila berdiri di tempat kamu".
Selepas mendengar amaran lelaki itu, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu, hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
Lalu kedua-dua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".
Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur, anda fikir-fikirkanlah...
" Lawak kan , dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang betul-betul beriman..."
" Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki hanya membawa mesin gun. Dia takNkata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat, tunjuk muka kat orang kampung. Ada yang lagi dashyat, setahun 2 kali aje.. bila time sembahyang raya..."
"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran…"
"Lawak kan , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia…"
"Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..tak cukup masa…”
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama.
Lawak kan ???

Kenapa gelak?
Tu kan realiti tapi yang paling lawak sekali. Berapa orang, yang lepas dia baca benda nie
akan sampaikan kat orang lain. Berapa orang yang akan buka email nie untuk luangkan masa membaca? Berapa banyak????
akan sampaikan kat orang lain. Berapa orang yang akan buka email nie untuk luangkan masa membaca? Berapa banyak????
Wallahu’alam
Friday, August 12, 2011
Iqra'
Kepada antum dan antunna,
Baca dan ambil ‘ibrah sebanyak mungkin dari kisah ini.
Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam. Pemuda ini terlalu baik dan berusaha untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Apabila Rasulullah SAW menceritakan tentang syurga, dia menangis kerana merindui syurga Allah, dan ketika Rasulullah SAW menceritakan tentang neraka, dia menangis terketar-ketar kerana takutkan api neraka Allah yang dahsyat itu.
Suatu hari, Rasulullah SAW ingin menguji sifat amanah pemuda itu dengan menyerahkan sebuah bungkusan padanya untuk disampaikan kepada seseorang yang tinggal di hujung bukit. Pemuda Ansar menerima tugas itu dengan gembira. Dia Berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan amanah Rasulullah dengan sebaiknya. Ketika melalui kawasan tepi sungai yang sangat cantik, dia terpandang seorang wanita cantik sedang mandi di sungai. Wanita itu tidak berpakaian sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar panjang dan segera memalingkan wajahnya. Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan.
Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu pada Rasulullah SAW. Dia yakin Rasulullah akan mendapat perkhabaran dari Allah. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasulullah kerana berasa berdosa. Pemuda itu melarikan diri ke kawasan gunung-ganang di antara Makkah dan Madinah.
Selama 21 hari pemuda itu tidak pulang-pulang, Rasulullah khuatir tentang keadaannya. Malaikat Jibril turun memberitahu Rasulullah SAW tempat pemuda itu berada. Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang. Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa: “ Ampunkan dosaku ya Allah…jangan Engkau bakar mataku ini kerana dosa melihat wanita itu. Aku tidak sengaja ya Allah. “
Rasulullah memujuknya untuk pulang. Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasulullah SAW. Pemuda itu menangis menceritakan tentang dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita. Lalu Rasulullah memujuknya dengan membacakan ayat 201 dari surah al-Baqarah. Kata Rasulullah, sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya. Ayat itu bermaksud, “ Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka….”
Tatkala Rasulullah tamat membacakan doa dari surah al-Baqarah itu, pemuda itu jatuh pengsan. Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan, jawab pemuda itu, dia begitu ketakutan mendengar Rasulullah menyebut api neraka. Dia terbayangkan azab dan seksaan neraka yang amat dahsyat.
Tidak lama selepas pulang, pemuda itu jatuh sakit. Rasulullah SAW tahu bahawa sakit pemuda itu tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah. Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaannya, seperti yang Baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat Baginda yang sakit.
Pemuda itu menghalang Rasulullah daripada meletakkan kepalanya di pangkuan Baginda. Katanya, “ Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku. Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih.” Rasulullah menitiskan air mata kerana terharu dengan ketaqwaan pemuda itu. Lalu Rasulullah bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu. Pemuda itu menjawab, “ Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali ke sisi-Nya, boleh engaku tanyakan kepada Allah, apakah DIA mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu? “
Rasulullah SAW berdoa dan turun Jibril menyampaikan berita. “ Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu. Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun, lalu dia bertaubat dan beristighfar memohon ampun kepada Allah, maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi ini juga! “
Selepas melafazkan kalimah La ilaha illallah, pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa jenazah pemuda itu dibawa untuk dikebumikan, sahabat terpandangkan Rasulullah SAW berjalan terjengket-jengket. Sahabat bertanya, apakah kaki Rasulullah terkena duri atau kaca? Lalu Rasulullah SAW menjawab, “ Bukan wahai sahabatku, kakiku bukan terkena kaca atau duri. Sebenarnya aku nampak perkara yang tidak kamu nampak. Aku berjalan begini kerana terlalu sesak. Aku terpaksa berjalan begini kerana…tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini. Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika dibawa. Dia seorang lelaki penghuni syurga.”
Itulah balasan jika kita berusaha mencintai Allah dengan segala kemampuan yang kita miliki. Seribu kali Allah kasih dan sayang kepada kita. Pemuda itu tidak sengaja berbuat dosa, tapi takutnya kepada Allah mengatasi segalanya. Dia buat dosa kecil sahaja, tetapi berasa dosanya begitu besat kepada Allah. Sedangkan banyak orang yang melakukan dosa besar, tapi menganggapnya sebagai dosa kecil sahaja…
Jom! Sama-sama kita renung dan cuba memperbaiki kelemahan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)